Kenapa Al-hussin?

Monday, May 31, 2010

Pada mulanya, pengembara kebingungan untuk mencari nama blog yang sesuai.. Antara yang terlintas di fikiran pengembara... Anakjawa.blogspot.com ... Kerana pengembara berketurunan jawa (masih boleh bertutur dalam bahasa jawa tu,hehe)... Tapi, kelihatannya tidak begitu sesuai...

Sedang bertakhta di singgahsana (katil..huhu), pengembara terkenangkan insan yang menjadi inspirasi pengembaraan.

Siapakah dia?

Dialah Husin bin Abbas@'Abdullah kahfi bin Qoribun Al-Jawi... Nenda pengembara dari keturunan sebelah bonda... Bonda dan ayahanda selalu menceritakan tentang nenda... Dari pengembara kecil sampai sekarang... Entahlah... kenapalah begitu serius bonda dan ayahanda cuba menerapkan kepada pengembara dengan kisah2 nenda... Mungkin untuk menjadi penerus usaha nenda... Em.. Ya.. Mungkin juga...

Dalam melingkari sejarah husin bin Abbas ini, banyak cerita yang mengagumkan pengembara... Orangnya kacak... Tidak terlalu tinggi.. Warna kulitnya cerah.. (Tidak seperti pengembara yang agak gelap,hehe)... Sekali pandang seperti berketurunan arab...bukan jawa... Dia merupakan ahli ilmu yang amat teliti keilmuannya... Ahli ibadah yang sangat menjaga pelaksanaannya... ahli tasawwuf yang menjaga keluhurannya... Seorang murabbi@pendidik

Tapi.. Pengembara tidak pernah bersua dengannya... Hanya beberapa keping foto yang sempat pengembara amat-amati wajahnya...

Pengembara dan Penulisan

Wednesday, May 26, 2010

Assalamualaikum warahmatuulahi wabarakatuh...


salam perkenalan dari pengembara yang baru berjinak-jinak dalam penulisan blog nie. Pengembara rasa bersyukur sangat2 kerana dapat berpeluang juga untuk menulis, berkarya(macam hebat je) mengarut, em... dan juga berceloteh barangkali dalam warkah moden nie walaupun pengembara sendiri tiada kemudahan asasi untuk terlibat dalam bidang nie.

Sebenarnya, pengembara tak tahu pun macam mana nak menulis kat blog.. tapi.. tengok dari kawan2 yang memang sudah "power gler" dalam blog.. itulah yang menyebabkan pengembara rasa "kenapa aku tak menulis?... orang kata, menulis nie boleh menjadikan kita lebih matang dan terkehadapan...". Pengembara berfikir panjang juga... boleh ke aku menulis??... tak tahu menulis la... em, itulah alasan2 penngembara sebelum nie. Kolotkah pengembara? Penakutkah untuk mencuba sesuatu yang baru? em.. mungkin ya...

Namun.. Hal ini menjadi asbab terealisasinya blog ni untuk mengatasi kekolotan dan ketakutan yang menghantui diri pengembara.

Akhirnya.. Pengembara menulis catatan perjalanan kehidupan yang nyata... Bukannya fantasi, bahkan ianya realiti... Untuk santapan bersama...

Selamat untuk semua.. ^_^