Pengembara dan Penulisan

Wednesday, May 26, 2010

Assalamualaikum warahmatuulahi wabarakatuh...


salam perkenalan dari pengembara yang baru berjinak-jinak dalam penulisan blog nie. Pengembara rasa bersyukur sangat2 kerana dapat berpeluang juga untuk menulis, berkarya(macam hebat je) mengarut, em... dan juga berceloteh barangkali dalam warkah moden nie walaupun pengembara sendiri tiada kemudahan asasi untuk terlibat dalam bidang nie.

Sebenarnya, pengembara tak tahu pun macam mana nak menulis kat blog.. tapi.. tengok dari kawan2 yang memang sudah "power gler" dalam blog.. itulah yang menyebabkan pengembara rasa "kenapa aku tak menulis?... orang kata, menulis nie boleh menjadikan kita lebih matang dan terkehadapan...". Pengembara berfikir panjang juga... boleh ke aku menulis??... tak tahu menulis la... em, itulah alasan2 penngembara sebelum nie. Kolotkah pengembara? Penakutkah untuk mencuba sesuatu yang baru? em.. mungkin ya...

Namun.. Hal ini menjadi asbab terealisasinya blog ni untuk mengatasi kekolotan dan ketakutan yang menghantui diri pengembara.

Akhirnya.. Pengembara menulis catatan perjalanan kehidupan yang nyata... Bukannya fantasi, bahkan ianya realiti... Untuk santapan bersama...

Selamat untuk semua.. ^_^

1 comments:

one_tick said...

salam pengembara dan selamat mengembara...moga thabat atas jalan dakwah..:) amalan paling disukai, biapon sedikit tetapi berterusan..berjuanglah selagi mampu! ganbate!

Post a Comment